Ilmu teknisi

Virus komputer

Virus komputer

Apakah virus komputer?

*
Virus komputer adalah satu program komputer yang boleh mereplikasi sendiri dan menjangkiti sesebuah komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.
*
Sila klik disini untuk mengetahui virus komputer yang terkini.

Apakah itu ’phishing’ ?


*
Serangan ’phishing’ menggunakan e-mel dan laman-laman web palsu direka untuk memperdayakan penerima supaya mendedahkan data kewangan peribadi seperti nombor kad kredit, akaun usernames dan kata laluan, nombor keselamatan sosial, dan sebagainya. Dengan berjaya melakukan ’phishing’ melalui bank-bank terkenal dan syarikat-syarikat kad kredit, ’phishing’ berupaya meyakinkan penerima sehingga 5% untuk memberikan maklumbalas kepada pihak yg melakukan serangan tersebut.
*
Serangan phishing yg terkini disenaraikan oleh Antiphishing.org


Pusat ICT mengesyorkan pengguna rangkaian UniMAP untuk majukan email ’phishing’ yg telah diterima ke alamat berikut:
aduan_ict@unimap.edu.my













Cara virus berjangkit

*
Melalui rangkaian internet dan komputer
Kebolehan memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidak diketahui keselamatannya, membolehkan data yang dimuat turun berisiko diserang virus.
Email juga merupakan medium utama dalam pembiakan virus di dalam komputer.
*
Melalui disk media
Penggunaan disket untuk perkongsian data terhadap komputer yang telah diserang virus akan menyebabkan virus menyelinap masuk ke dalam disket bersama-sama data tersebut.
Oleh yang demikian disket tersebut telah diserang virus dan penggunaan disket tersebut terhadap komputer lain akan menyebabkan komputer itu diserang virus.

Cara melindungi komputer dari diserang virus

*
Memasukkan perisian anti virus di dalam komputer.
*
Mengelakkan diri dari membuka atau melaksanakan email yang dicurigai keselamatannya.
*
Memeriksa (scan) peranti simpanan data seperti disket, usb flash drive, memory stick dan sebagainya terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Tanda-tanda komputer diserang virus.

*
Operasi sistem komputer menjadi perlahan
*
Aturcara biasa mengambil masa yang lama untuk dimulakan
*
Jumlah sektor yang rosak bertambah
*
Ruang memori berkurang dengan cepat
*
Aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak
*
Mesej pelik dipaparkan
*
Fail-fail tiba-tiba hilang
*
Fail-fail digantikan dengan kandungan aneh
*
Atribut fail bertukar
*
Semakan menggunakan perisian anti-virus mengatakan ada virus

Apa itu SPAM?

*
Spam dalam email bermaksud JUNK / BULK email atau dengan kata lain adalah sampah email. Ia akan dihantar kepada alamat email yang diambil tanpa pengetahuan dan keizinan tuan punya email.
*
Spam dalam forum bermaksud membuat JUNK post iaitu post yang tiada faedah yang sekadar mahu menaikkan mata posting seperti post smile.

Tips Anti-Spam Penerangan
Gunakan alamat email yg luarbiasa Sesetengah spammers menggunakan komputer program untuk meneka di alamat-alamat emel pengguna. Menggunakan alamat emel yg luarbiasa mengandungi nombor dan perkataan boleh menghalang taktik ini. cth: abc32@yahoo.com

Jangan letakkan alamat email pada IM Pendedahan alamat email ke dalam newsgroup, Internet Bulletin Board, dan IM akan meningkatkan peratus serangan spam ke email anda.
Jangan sesekali membalas email spam Jangan sesekali membalas jawapan untuk mesej-mesej spam walaupun mereka meminta anda untuk menjawab/membalas untuk "membuang" anda daripada pengeposan senarai mereka. Arahan-arahan selalunya adalah sama ada palsu, atau untuk mengumpul lebih alamat-alamat email pengguna. Apabila anda memberikan maklumbalas kepada email spam, ia menunjukkan email anda adalah aktif dan anda bakal menerima lebih banyak email spam.
Gunakan alamat email palsu Pangkalan web yang menyediakan khidmat pendaftaran secara online selalunya memerlukan satu alamat emel pengguna disertakan. Jika anda tidak mahu menerima maklumbalas dari web tersebut (dan tidak perlu satu e-mel pengesahan atau sokongan teknikal), anda tidak perlu memberi alamat emel yang sebenar.
Opt out Apabila anda membeli sesuatu secara online dan anda perlu sertakan satu alamat emel, ingat untuk ’opt out’ atau tidak memilih apa-apa yang kamu tidak benar-benar pasti untuk diterima melalui email anda.

Jangan sesekali sertakan alamat email ke laman web yg tidak diketahui tahap keselamatannya
Adalah dinasihatkan untuk tidak memberi maklumat peribadi anda seperti alamat email dan akaun kad kredit ke laman web yang tidak diyakini tahap keselamatannya. Laman web yg ’secure’ atau mempunyai tahap sekuriti yang tinggi akan mempunyai satu ikon mangga berkunci bewarna kuning atau muncul di dalam kotak bewarna kuning yang berada di dasar borang di laman web tersebut.
Apakah anti virus?

*
Anti virus merupakan perisian yang mengenal pasti data yang telah diserang virus komputer.
*
Penggunaan anti virus di dalam komputer akan meminimakan risiko komputer diserang virus.
*
Terdapat pelbagai perisian anti virus yang terdapat sekarang seperti Norton Symantec, AntiVir, NOD32, Panda dsb.

Cara Menghadapi email SPAM

*
Jangan jawab sebarang email sampah. Selain ia membantu mengesahkan bahawa alamat email anda adalah sah, bukan sahaja ianya hanya membuang masa, kebanyakan email sampah dihantar melalui alamat email palsu.
*
Matikan fungsi muat turun imej dalam perisian email anda dan juga email yang anda gunakan di tapak laman email percuma.
*
Pelbagaikan alamat email. Jangan gunakan alamat email utama anda untuk pendaftaran di laman. Gunakan alamat email daripada laman alamat email percuma. Antaranya adalah http://emailsempoi.iscool.net/
*
Elakkan daripada meninggalkan alamat email anda di muka laman. Salah satu cara bagaimana pengamal spam mendapatkan alamat email adalah dengan menggunakan perisian tertentu yang dinamakan "robot" yang melawat setiap laman di Internet dan mendapatkan alamat-alamat email

Apakah firewall ?

*
Firewall ialah program atau alat perkakasan yang menapis (filters) maklumat-maklumat yang dipindahkan diantara komputer. Secara umumnya, firewall dicipta untuk melindungi satu atau lebih komputer (komputer anda) dari komputer-komputer lain (kebiasaannya dari internet) bagi mengelakkan data-data bahaya sampai ke komputer anda

Windows security

Pengenalan

Meletakkan komputer anda di dalam keselamatan akan dapat melindunginya dari serangan virus, worm, spyware, hacker attempts dan pencurian katalaluan. Window security seringkali diabaikan, tetapi meletakkan keselamatan Windows komputer anda perlu mengikuti beberapa konsep:-

*
Sentiasa mengemaskinikan Windows Security;
*
Sentiasa mempunyai Virus Scanner bersama Update Definitions;
*
Setiap akaun pada komputer mempunyai katalaluan;
*
Sentiasa mengemaskini perisian Firewall;
*
Elakkan diri dari klik pada mail atau attachment yang mencurigakan;
*
Elakkan serta singkirkan Spyware.


Apakah akan terjadi jika saya tidak meletakkan komputer saya di dalam keselamatan?

Komputer yang tidak di pasang dengan sistem keselamatan mudah diserang. Biasanya ialah mengautomasikan hacking attack yang dipanggil worm. Worm boleh memasuki komputer yang mempunyai sistem yang mudah diserang.

Mengemaskini Security

Security ialah satu proses yang proaktif. Ia satu cara mudah untuk memberikan keselamatan kepada komputer anda dan mudah untuk dikemaskini dari membaik pulih kerosakan disebabkan oleh terdedah kepada ancaman serangan worm.


Anda boleh mengemaskini Windows secara automatik. Di dalam Windows XP berfungsi secara automatik. Selain versi Windows, ianya telah tersedia untuk dikemaskini melalui Windows Update Website.


Untuk mengemaskini secara automatik boleh dijumpai di Control Panel. Dikebanyakan versi Windows, terdapat simbol Automatic Updates. Jika anda mempunyai khidmat XP, Automatic Updates anda hendaklah seperti gambar dibawah:-

Pemasangan Virus Scanner dan Pengemaskini (Update)

Sekiranya komputer anda tidak mempunyai program antivirus atau lesen untuk mengemaskini program antivirus anda tidak lama, anda boleh memuat turun program virus Avira AntiVir dari laman portal anda.
Pastikan virus definitions anda telah dikemaskini. Virus definition untuk Avira Antivir akan terpapar pada tetingkap utama seperti yang ditunjuk di bawah. Kerana hampir setiap hari virus-virus baru akan keluar menyerang, jika Virus Definition anda sudah terlalu lama dan tidak dikemaskinikan, program antivirus tidak dapat digunakan lagi. Anda boleh mengemaskinikan Virus Definition dengan cara klik pada Start update.
Anda boleh mengetahui jenis-jenis virus dan malware dengan klik pada menu Help, kemudian klik Content. Anda akan dapati tajuk ”Virus and more” dan disitu terdapat penerangan mengenai virus dan malware termasuk aktiviti yang mereka lakukan semasa menyerang komputer.


Gunakan Perisian Firewall

Kebanyakan versi Windows yang mendapatkan khidmat server-level yang membenarkan rangkaian pengguna untuk menghubungkan dan login kepada komputer. Kebanyakan pengguna tidak menggunakan perkhidmatan ini, tetapi kebanyakan diantara mereka tidak menutupnya. Untuk melindungi komputer anda, anda perlu menggunakan program firewall bagi melindungi dari capaian yang tidak dibenarkan.

Windows XP datang bersama dengan perisian firewall yang mudah. Untuk mengaktifkan firewall, dapatkan Control Panel dan klik pada Wndows Firewall.



Jika anda menggunakan Windows XP tetapi tidak mempunyai simbol Windows Firewall Control Panel, anda perlu memuat turun Service Pack 2.

Jika anda menggunakan versi Windows selain Window XP seperti Windows 2000, anda dinasihatkan untuk menggunakan third-party firewall, contohnya Symantec Client Security, Symantec Personal Firewall, atau Zone Alarm.

Lindungi Komputer Anda dari Spyware


Spyware ialah sejenis program virus yang biasa berada dalam keadaan tidak dapat dilihat dan maklumat yang dikumpul tentang pengguna yang menggunakan komputer tersebut. Terdapat beberapa jenis perisian yang biasa digunakan dan kesan yang sinonim dengan Spyware ialah Adware, Malware, dan sebagainya. Kesan terhadap serangan Spyware adalah seperti kelajuan komputer semakin berkurangan, pengumpulan katalaluan dan nombor kad kredit serta kerosakan komponen Windows.

Cara terbaik untuk melindungi komputer anda dari Spyware ialah mengelakannya. Elakkan dari memasang perisian Spyware pada komputer anda, sekiranya anda telah memasangnya, Spyware sukar untuk di buang, dan Spyware akan merosakkan komponen-komponen Windows. Dua sumber Spyware ialah Active X/Install For the Web dan add-ons untuk program-program lain.

Install For the Web ialah perkhidmatan yang mana laman-laman web yang menawarkan perisian untuk dipasang ke komputer anda secara automatik. Jika tidak program ini ditulis oleh well-known, reputable vendors seperti Macromedia Flash atau Sun Java, elakkan dari memasang program ini. Install For the Web spyware installer seperti gambar dibawah:-